WE MUST BE IN POLITICS FOR THE RIGHT REASON

~Tan Sri Bernard G. Dompok~

Tuesday, May 11, 2010

TADAU KAAMATAN






Pergerakan Pemuda UPKO Penampang telah turut serta dalam perayaan Tadau Kaamatan di peringkat kampung antaranya ialah Zon Pertanian yang merangkumi 13 buah kampung dan di Kg. Kipouvo baru-baru ini. Ketua Pemuda telah diberikan penghormatan untuk merasmikan acara Sukan Tradisi di Zon Pertanian. Dalam bulan Kaamatan ini, Pergerakan Pemuda UPKO Penampang akan mengikuti rombongan YB Tan Sri Bernard G. Dompok dan YB Donald P. Mojuntin ke beberapa buah kampung yang akan merayakan Tadau Kaamatan.

PESTA KAAMATAN DAERAH PENAMPANG 2010

Pembantu Menteri Kewangan,YB Donald P. Mojuntin yang juga ADUN N.20-Moyog akan merasmikan Acara Padang (Sulap Tradisi & Sukan Tradisi)sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang Tahun 2010 pada tarikh 15/05/2010 jam 9.00 pagi bertempat di Padang Majlis Daerah Penampang.

Pengerusi Acara Sulap Tradisi, Saudara Bryan M. Lojingon yang juga merupakan PKR (Pemimpin Kemajuan Rakyat) Kawasan N.20-Moyog, dalam kenyataannya bahawa terdapat beberapa aktiviti yang telah disediakan oleh penganjur antaranya Pertandingan Masakan Tradisi, Sumazau dan Menyanyi antara Sulap Mukim. Selain daripada itu acara sampingan Belisuara akan juga diadakan. Terdapat 6 buah Sulap Tradisi (khemah) akan didirikan yang mewakili Mukim-Mukim di Daerah Penampang. ADUN N.19-Kepayan, Datuk Edward Khoo dan Pegawai Daerah Penampang akan turut serta dalam majlis tersebut.

Acara Sukan Tradisi juga akan lebih memeriahkan suasana majlis pada hari tersebut dengan acara 'highlight' ialah Acara Tarik Tali.

Orang ramai di sekitar Daerah Penampang adalah dijemput beramai-ramai ke acara ini.