WE MUST BE IN POLITICS FOR THE RIGHT REASON

~Tan Sri Bernard G. Dompok~

Tuesday, May 11, 2010

TADAU KAAMATAN






Pergerakan Pemuda UPKO Penampang telah turut serta dalam perayaan Tadau Kaamatan di peringkat kampung antaranya ialah Zon Pertanian yang merangkumi 13 buah kampung dan di Kg. Kipouvo baru-baru ini. Ketua Pemuda telah diberikan penghormatan untuk merasmikan acara Sukan Tradisi di Zon Pertanian. Dalam bulan Kaamatan ini, Pergerakan Pemuda UPKO Penampang akan mengikuti rombongan YB Tan Sri Bernard G. Dompok dan YB Donald P. Mojuntin ke beberapa buah kampung yang akan merayakan Tadau Kaamatan.

PESTA KAAMATAN DAERAH PENAMPANG 2010

Pembantu Menteri Kewangan,YB Donald P. Mojuntin yang juga ADUN N.20-Moyog akan merasmikan Acara Padang (Sulap Tradisi & Sukan Tradisi)sempena Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang Tahun 2010 pada tarikh 15/05/2010 jam 9.00 pagi bertempat di Padang Majlis Daerah Penampang.

Pengerusi Acara Sulap Tradisi, Saudara Bryan M. Lojingon yang juga merupakan PKR (Pemimpin Kemajuan Rakyat) Kawasan N.20-Moyog, dalam kenyataannya bahawa terdapat beberapa aktiviti yang telah disediakan oleh penganjur antaranya Pertandingan Masakan Tradisi, Sumazau dan Menyanyi antara Sulap Mukim. Selain daripada itu acara sampingan Belisuara akan juga diadakan. Terdapat 6 buah Sulap Tradisi (khemah) akan didirikan yang mewakili Mukim-Mukim di Daerah Penampang. ADUN N.19-Kepayan, Datuk Edward Khoo dan Pegawai Daerah Penampang akan turut serta dalam majlis tersebut.

Acara Sukan Tradisi juga akan lebih memeriahkan suasana majlis pada hari tersebut dengan acara 'highlight' ialah Acara Tarik Tali.

Orang ramai di sekitar Daerah Penampang adalah dijemput beramai-ramai ke acara ini.

Monday, May 10, 2010

Well Done Pemuda

Syabas kepada Pemuda UPKO Penampang. Satu lagi usaha yang baik sehingga terciptanya Blog Pemuda UPKO Penampang......

Sunday, May 9, 2010

LAWATAN KE KG. BUAYAN


Pemuda UPKO Penampang telah mengikuti rombongan YB Donald P. Mojuntin, Pembantu Menteri Kewangan merangkap ADUN Kawasan N.20 - Moyog ke Kg. Buayan pada tarikh 26-27/03/2010 yang mana YB ADUN N.20 - Moyog telah merasmikan Cawangan Wanita UPKO Kg. Buayan. Kampung ini merupakan salah satu kampung yang paling terpencil di Daerah Penampang. Tidak ada cara lain untuk sampai ke kampung ini (kecuali menaiki helikopter) selain dari berjalan kaki selama lebih kurang 6 hingga 8 jam. Semasa lawatan ini, Pemuda UPKO Penampang telah menjalankan aktiviti mengecat semula kediaman salah seorang guru yang mengajar di kampung ini.

AJK PERGERAKAN PEMUDA UPKO PENAMPANG

01. Ketua Pemuda : Pancratius E. Pudin
02. Timbalan Ketua Pemuda : Frankie Roy Benedict
03. Naib Ketua 1 : Ernester E. Lijawah
04. Naib Ketua 2 : Gelasius Ginajim
05. Setiausaha : Sean Sipaul
06. Penolong Setiausaha : Christopher Suis
07. Bendahari : Rudolf Balamun
08. Penolong Bendahari : Lazarus Tamin
09. Ketua Penerangan : Eddie Angat
10. Pen. Ketua Penerangan : Alvin Mansali
11. Setiausaha Penganjur : Adrian Boy Siponong
12. AJK : Peter Mojuntin Jr.
13. AJK : Soong Duh Ben
14. AJK : Marius Lawrence
15. AJK : Alex Ginsai
16. AJK : Felix Sakou
17. AJK : Ilbertus John
18. AJK : Steve Jay
19. AJK : Argoh Simon Tillon
20. AJK : Dalin Manuel
21. AJK : Fedilis Marcellinus

Saturday, May 8, 2010

SALAH SATU AKTIVITI PEMUDA UPKO PENAMPANG



Penyerahan cenderakenangan oleh Ketua Pemuda UPKO Cawangan Kg. Tuavon, Encik Adrian Boy Siponong kepada Ketua Pemuda UPKO Penampang, Encik Pancratius E. Pudin dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pemuda UPKO Penampang, Encik Frankie Roy Benedict selepas majlis perasmian perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan 'Married' dan 'Bachelor' di Kompleks Sukan Penampang sempena Tadau Kaamatan Kg. Tuavon. Pergerakan Pemuda UPKO Penampang juga telah menyumbangkan satu set jersey kepada Cawangan Pemuda UPKO Kg. Tuavon.

MESYUARAT PERTAMA PEMUDA UPKO PENAMPANG


Telah diadakan di DD Hotel, Donggongon untuk membincangkan AJK yang akan dilantik.